Posts

Showing posts from September, 2017

RUJUKAN

☺Marzuki Sepiaail, Rina Fakhrizan Mohd Sukri, Alias Mat Saad (2016). Komunikasi Dan  Penyiaran Dalam Islam.  Shah Alam, Selangor :Oxford Fajar Sdn. Bhd.    ☺http:ww1.utusan.com.my/utusan/Rencana/20120825/re_03/Wajah-wajah-perpaduan-dalam-  malaysia  ☺http://www.heraldmalaysia.com/news/memupuk-semangat-masyarakat-melalui-integrasi    budaya/25683/7    ☺hhtp://www.1malaysia.com.my/en/affiliates/langkah-mengukuhkan-perpaduan-dalam-  kalangan-rakyat-malaysia-0    ☺http://www.perpaduanmalaysia.com/2014/07/langkah-langkah-untuk-memantapkan-    perpaduan-kaum-malaysia.html?=1    ☺http://perayaanutamakaumdimalaysia.blogspot.my/2015/02/perayaan-di-negeri-sabah-dan-  serawak.html?m=1    ☺http://unclemilydungun.blogspot.my/2013/07/tiga-cabaran-untuk-mencapai-perpaduan.html ☺ http://pekasamsotong.blogspot.my/

KESIMPULAN

  Semua pihak perlu sedar akan pentingnya memupuk dan menjaga perpaduan masyarakat di negara kita. Sesungguhnya, sekali kita leka dan lali serta memandang enteng akan perpaduan kaum, nescaya kita akan menyesal untuk selama-lamanya kerana terlajak perahu boleh di undur, terlajak kata dan tindakan buruk padahnya. Kini, kita berada dalam era globalisasi dan liberalisasi. Pelbagai usaha dijalankan adalah demi menuju ke arah membentuk sebuah masyarakat majmuk yang bersatu padu. Walaupun terdapat beberapa cabaran, tetapi dengan adanya perancangan yang teliti, usaha yang gigih dan strategi yang lebih berkesan dan dilaksanakan pula dengan penuh tanggungjawab dan bersifat proaktif oleh semua pihak sudah pasti keharmonian, perpaduan kaum dan integrasi nasional akan tercapai. Usaha mewujudkan perpaduan kaum perlu diberi penekanan di Negara kita kerana menjadi tonggak kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara. Oleh itu, semua pihak perlulah bekerjasama dalam memastikan perpaduan dapat dicapa

ISI-ISI PENTING

PERANAN GRADUAN POLITEKNIK DALAM MEMUPUK SEMANGAT PERPADUAN KAUM MELALUI PERAYAAN AGAMA Graduan hendak-lah menghormati budaya dan setiap perayaan etnik yang lain Mahasiswa merupakan salah satu permata yang berharga buat negara kerana mereka adalah penyambung dan perjuang negara untuk masa hadapan. Sifat dan sikap hormat menghormati perlulah dipupuk dan disemai di dalam diri setiap mahasiswa tidak kira melayu, cina, india, kadazan, atau lain-lain kerana dengan sifat dan sikap ini kita dapat melahirkan semangat perpaduan kaum antara setiap etnik yang ada di Malaysia. Sehubugan dengan itu, dengan lahir-nya sifat dan sikap ini di dalam diri mahasiswa dapat menunjukan dan dapat kita lihat akan kematangan dalam berfikir mahasiswa-mahasiswa kerana hanya dengan perpaduan yang utuh dapat memajukan dan meningkatkan martabat negara atau bumi Malaysia ini. Graduan mestilah menghayati dan mengambil iktibar daripada sejarah negara Hal ini demikian kerana banyak peristiwa yang ber

JENIS - JENIS PERAYAAN DI MALAYSIA

Image
PERAYAAN DALAM AGAMA ISLAM Hari Raya Puasa Hari Raya Puasa disambut pada tiap-tiap 1 Syawal, Tahun Hijrah. Hari Raya ini juga dikenali sebagai Hari Raya Aidilfitri atau Hari Raya Fitrah. Hari raya ini dinamakan sebagai Hari Raya Aidilfitri atau Hari Raya Fitrah kerana hari tersebut menandakan betapa umat Islam telah benar-benar berjaya bermujahadah dan beribadah di sepanjang bulan Ramadan. Ertinya, pada satu Syawal, mereka telah berjaya mengembalikan diri kepada fitrah semula jadi-nya. Sebelum menyambut Hari Raya Puasa, umat Islam diwajibkan berpuasa sebulan pada bulan Ramadan dan membayar zakat fitrah. Puasa merupakan rukun Islam yang ketiga. Ia bererti menahan diri dari makan, minum dan apa-apa sahaja yang membatalkannya bermula dari terbit fajar hingga tenggelam matahari disertai dengan niat pada malamnya. Hari Raya Qurban Hari Raya Qurban atau Aidiladha disambut pada tiap-tiap 10 Zulhijjah, Tahun Hijrah. Ia juga dikenali sebagai Hari Raya Haji ia

PENGENALAN

           Malaysia ialah sebuah negara yang dihuni oleh pelbagai kaum. Oleh sebab itu, rakyat Malaysia mempunyai kepelbagaian budaya dan cara hidup yang berbeza. Menurut Abdul Aziz (2000), kebudayaan adalah himpunan kekayaan jasmaniah dan rohaniah yang dicipta oleh manusia sebagai cara hidup. Kepelbagaian budaya memerlukan beberapa perkara asas bagi mewujudkan keharmonian dalam hubungan sosial.       Seterusnya, dengan adanya kepelbagaian budaya  semangat perpaduan kaum merupakan satu usaha berterusan yang perlu dipikul dan dijunjung bersama-sama oleh semua pihak melalui kepelbagaian perayaan dan sambutan di Malaysia. Hal ini kerana, sekiranya terlerai ikatan silaturahim dan musnah perpaduan dalam masyarakat, nescaya pelbagai impak negatif akan menimpa masyarakat khususnya dan negara amnya. Oleh sebab itu, pelbagai usaha dan cara dapat diambil dan dilakuakan bagi memupuk dan membaja agar perpaduan dan keharmonian terus subur dan mewangi dalam kehidupan masyarakat.       D