PENGENALAN


     
     Malaysia ialah sebuah negara yang dihuni oleh pelbagai kaum. Oleh sebab itu, rakyat Malaysia mempunyai kepelbagaian budaya dan cara hidup yang berbeza. Menurut Abdul Aziz (2000), kebudayaan adalah himpunan kekayaan jasmaniah dan rohaniah yang dicipta oleh manusia sebagai cara hidup. Kepelbagaian budaya memerlukan beberapa perkara asas bagi mewujudkan keharmonian dalam hubungan sosial.

     Seterusnya, dengan adanya kepelbagaian budaya semangat perpaduan kaum merupakan satu usaha berterusan yang perlu dipikul dan dijunjung bersama-sama oleh semua pihak melalui kepelbagaian perayaan dan sambutan di Malaysia. Hal ini kerana, sekiranya terlerai ikatan silaturahim dan musnah perpaduan dalam masyarakat, nescaya pelbagai impak negatif akan menimpa masyarakat khususnya dan negara amnya. Oleh sebab itu, pelbagai usaha dan cara dapat diambil dan dilakuakan bagi memupuk dan membaja agar perpaduan dan keharmonian terus subur dan mewangi dalam kehidupan masyarakat.

      Dalam perspektif lain, Malaysia merupakan negara yang sedang membangun bukan sahaja dari bidang pertanian, perindustrian, sukan dan lain-lain. Hal ini membolehkan, Malaysia dikategorikan sebagai Negara yang istimewa kerana mempunyai kepelbagaian kaum utama iaitu Malayu, Cina, India dan sebagainya. Perkembangan Negara yang pesat serta hubungan sosial yang kukuh membolehkan Negara Malaysia duduk sama rendah berdiri sama tinggi dengan Negara-negara maju yang lain seperti Amerika Syarikat, Jepun , China termasuklah Negara jiran Singapura. Tambahan pula, kejayaan negara Malaysia bagi mengekalkan perpaduan masyarakat yang berbilang kaum serta hubungan sosial budaya yang utuh sejak merdeka hingga kini amat mengagumkan bukan sahaja dapat dilihat semasa sambutan perayaan malah pada apa jua situasi yang berbeza. Namun, hal ini memerlukan perkara asas bagi mengekalkan keharmonian budaya di Malaysia.

Comments

Popular Posts

JENIS - JENIS PERAYAAN DI MALAYSIA

KESIMPULAN

RUJUKAN