JENIS - JENIS PERAYAAN DI MALAYSIA

PERAYAAN DALAM AGAMA ISLAM

Hari Raya Puasa

Hari Raya Puasa disambut pada tiap-tiap 1 Syawal, Tahun Hijrah. Hari Raya ini juga dikenali sebagai Hari Raya Aidilfitri atau Hari Raya Fitrah. Hari raya ini dinamakan sebagai Hari Raya Aidilfitri atau Hari Raya Fitrah kerana hari tersebut menandakan betapa umat Islam telah benar-benar berjaya bermujahadah dan beribadah di sepanjang bulan Ramadan. Ertinya, pada satu Syawal, mereka telah berjaya mengembalikan diri kepada fitrah semula jadi-nya.

Sebelum menyambut Hari Raya Puasa, umat Islam diwajibkan berpuasa sebulan pada bulan Ramadan dan membayar zakat fitrah. Puasa merupakan rukun Islam yang ketiga. Ia bererti menahan diri dari makan, minum dan apa-apa sahaja yang membatalkannya bermula dari terbit fajar hingga tenggelam matahari disertai dengan niat pada malamnya.





Hari Raya Qurban

Hari Raya Qurban atau Aidiladha disambut pada tiap-tiap 10 Zulhijjah, Tahun Hijrah. Ia juga dikenali sebagai Hari Raya Haji iaitu hari yang dirayakan sebagai tanda kesyukuran dan rahmat kepada mereka yang berupaya menyempurnakan rukun Islam yang kelima. Ketika itu, ramai umat Islam dari seluruh dunia sedang menunaikan fardu haji di Makkah, Arab Saudi. Hari raya ini digelar sebagai Hari Raya Qurban kerana sunat atau digalakkan bagi orang-orang Islam melakukan korban dengan menyembelih lembu, kerbau atau kambing. Daging korban ini pula disedekahkan kepada orang-orang miskin.

Amalan ini sebagai mengingati sejarah pengorbanan yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim a.s yang diperintahkan oleh Allah S.W.T untuk menyembelih anak kesayangannya, Nabi Ismail A.S. Perintah itu merupakan suatu ujian yang sangat berat yang perlu dihadapi oleh baginda. Anak baginda, Nabi Ismail bersedia dan sanggup pula dikorbankan atau disembelih semata-mata kerana Allah. Lalu, Nabi Ibrahim turut redha dan bersedia dalam melaksanakan perintah Allah itu. Tetapi, di saat penyembelihan hendak dilakukan, Allah telah menggantikan tempat Nabi Ismail dengan seekor kibas.





PERAYAAN DALAM AGAMA HINDU

DEEPAVALI

Perayaan Deepavali merupakan perayaan yang bersifat sosial. Perayaan ini tidak berpusat di kuil seperti perayaan Thaipusam. Secara umumnya, perayaan ini dirayakan untuk menghapuskan segala kejahilan serta kejahatan dan menguatkan serta memelihara nilai-nilai murni. Dikatakan, pada hari Deepavali, manusia diberi peluang untuk mengimbas kembali segala perlakuan yang lalu sama ada baik atau buruk. Aspek-aspek yang buruk dikikiskan dan yang baik pula disematkan di hati. Ini akan menimbulkan ketenangan serta memberi cahaya baru kepada manusia.

Deepavali merupakan salah satu perayaan yang mempunyai sejarah yang panjang malah menjangkau mengatasi batasan sejarah. Namun tiada bukti-bukti yang menentukan tarikh permulaan perayaan ini. Tetapi terdapat pelbagai pandangan terhadap perayaan ini. Ada yang mengaitkan perayaan ini dengan tradisi cerita karya Ramayana dan ada juga mengaitkan dengan tradisi cerita-cerita Purana iaitu cerita-cerita tentang dewa-dewi Hindu. Mitos epik Ramayana yang terkenal di kalangan orang India iaitu berlaku di Benua kecil India di mana Rama berjaya membunuh Rawana dengan bantuan Laksamana dan Hanuman. Menurut karya ini, Sri Rama sebagai jelmaan Dewa Vishnu dan Rawana menjadi simbol segala kejahatan.






THAIPUSAM

Thaipusam  adalah  antara perayaan keagamaan yang disambut secara  besar-besaran oleh penganut agama Hindu  di Semenanjung terutamanya. Tiga tempat yang sangat terkenal di kalangan penganut Hindu  untuk menyambut perayaan Thaipusam iaitu di Batu  Caves, Selangor, Kuil Waterfall, Pulau Pinang dan Sungai Petani, Kedah.

Perayaan Thaipusam bermula di malam  hari bulan  penuh, iaitu bulan Thai mengikut kiraan kalendar Tamil. Ketika itu bulan yang mengambang penuh bergerak melintasi bintang bersinar terang dipanggil Pusam.  Bermula dari senja itu, penganut-penganut agama Hindu datang berkumpul beramai-ramai ke tempat  tersebut untuk menyempurnakan  penyembahan mereka kepada Dewa Murugan atau Dewa Subramaniam.






TAHUN BARU CINA

Nama perayaan bagi orang cina ini ialah ‘Tahun Baru Cina’ atau dalam sebutan bahasa cina ialah Gong Xi Fa Cai. Tahun Baru Cina merupakan perayaan yang paling penting bagi orang Cina, seperti Hari Natal bagi orang barat. Tahun Baru Cina adalah hari pertama bulan satu bagi Imlek Cina, tetapi aktiviti perayaan Tahun Baru Cina bukanlah pada hari itu sahaja, biasanya aktiviti perayaan Tahun Baru Cina berlangsung selama beberapa hari berikutnya. Tahun Baru Cina juga secara umumnya dipanggil “Guonian”.

Tahun Baru Cina bukan sahaja diraikan oleh kaum Cina di merata dunia, malah turut dirayakan oleh bangsa Korea, Vietnam, Mongol dan Miao yang dipengaruhi oleh Chinadari segi kebudayaan dan keagamaan, maka mereka turut memakai kalendar qamari Cina.  

Perayaan Tahun Baru Cina akan berlarutan lebih kurang selama setengah bulan, selepas merayakan hari Cap Goh mei yang  jatuh pada 15 hari bulan, bulan satu Imlek barulah perayaan Tahun Baru Cina selesai. Perayaan Tahun Baru Cina ini disambut setiap kali menjelang tahun. baru cina mengikut Kalendar Lunar Cina yang terbahagi kepada kitaran 12 tahun yang dinamakan sempena nama haiwan. 






PERAYAAN  HARI GAWAI

Perayaan Hari Gawai secara umumnya merujuk kepada beberapa perayaan masyarakat Dayak Sarawak dan Kalimantan Barat tetapi pada kebiasaannya merujuk kepada pesta selepas menuai yang disambut oleh masyarakat Dayak yang merangkumi pelbagai etnik. Di Sarawak terdapat 25 jenis kaum etnik Dayak terutamanya kaum Iban atau dikenali sebagai kaum Dayak Laut pada zaman dahulunya yang merupakan kaum majoriti, kaum Bidayuh atau Dayak Darat, Orang Ulu seperti Kayan, Kenyah dan Murut dan kaum-kaum etnik yang lain-lain. Masyarakat Dayak di Kalimantan Barat mengelar perayaan ini sebagai Hari Gawai Padi untuk meraikan tamatnya musim menuai padi dan menandakan bermulanya musim penanaman padi yang baharu.
Selepas menjalankan aktiviti menuai, beras sudah tentunya dihasilkan dalam kuantiti yang banyak untuk menjamu selera orang ramai dan Petara iaitu Tuhan orang Dayak yang selalunya disertakan dengan korban haiwan seperti babi dan ayam terutamanya, dan ditambahkan lagi dengan daging haiwan buas, ikan dan lauk pauk daripada hutan belantara. Olehitu, musim perayaan selepas musim menuai padi ini dikenali sebagai Gawai Dayak. Pesta Gawai di sambut pada akhir bulan Mei atau awal bulan Jun setiap tahun. 


Comments

  1. This is how my colleague Wesley Virgin's autobiography launches with this shocking and controversial video.

    You see, Wesley was in the army-and soon after leaving-he unveiled hidden, "self mind control" tactics that the government and others used to get whatever they want.

    As it turns out, these are the same tactics lots of celebrities (especially those who "became famous out of nothing") and top business people used to become rich and successful.

    You probably know how you use less than 10% of your brain.

    That's because most of your BRAINPOWER is UNCONSCIOUS.

    Perhaps this conversation has even occurred INSIDE OF YOUR very own head... as it did in my good friend Wesley Virgin's head about seven years back, while driving a non-registered, garbage bucket of a car with a suspended license and on his bank card.

    "I'm absolutely frustrated with living paycheck to paycheck! Why can't I become successful?"

    You've taken part in those types of questions, right?

    Your own success story is going to be written. You need to start believing in YOURSELF.

    CLICK HERE TO LEARN WESLEY'S SECRETS

    ReplyDelete
  2. thanks for the information

    ReplyDelete
  3. idm crack for pc will show you the weather forecast in your city or anywhere in the world, so that nothing, not even the weather, manages to surprise you.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts

KESIMPULAN

RUJUKAN