ISI-ISI PENTING

PERANAN GRADUAN POLITEKNIK DALAM MEMUPUK SEMANGAT PERPADUAN KAUM MELALUI PERAYAAN AGAMA

Graduan hendak-lah menghormati budaya dan setiap perayaan etnik yang lain

Mahasiswa merupakan salah satu permata yang berharga buat negara kerana mereka adalah penyambung dan perjuang negara untuk masa hadapan. Sifat dan sikap hormat menghormati perlulah dipupuk dan disemai di dalam diri setiap mahasiswa tidak kira melayu, cina, india, kadazan, atau lain-lain kerana dengan sifat dan sikap ini kita dapat melahirkan semangat perpaduan kaum antara setiap etnik yang ada di Malaysia. Sehubugan dengan itu, dengan lahir-nya sifat dan sikap ini di dalam diri mahasiswa dapat menunjukan dan dapat kita lihat akan kematangan dalam berfikir mahasiswa-mahasiswa kerana hanya dengan perpaduan yang utuh dapat memajukan dan meningkatkan martabat negara atau bumi Malaysia ini.

Graduan mestilah menghayati dan mengambil iktibar daripada sejarah negara

Hal ini demikian kerana banyak peristiwa yang berlaku dalam sejarah tanah air dapat dijadikan iktibar supaya sesuatu yang buruk dapat hindarkan. Sebagai contoh, Tragedi 13 Mei 1969 merupakan satu detik hitam dalam sejarah yang berlaku akibat semangat perpaduan yang rapuh dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum. Ahli falsafah George Santayana mengatakan orang yang melupai sejarah akan melakukan kesilapan yang sama. Oleh itu graduan hari ini mestilah diterapkan dengan pengetahuan sejarah secara lebih serius. Dengan mempelajari, memahami, menghayati, dan mengambil iktibar daripada sejarah, maka mereka akan menjadi warganegara yang lebih bertanggungjawab, rasional, dan berhemah tinggi dalam kehidupan di dalam sebuah negara majmuk seperti malaysia. Jadi, graduan mestilah mengambil iktibar daripada sejarah sebagai pemangkin semangat perpaduan yang jitu.

Graduan perlu menyemai sikap toleransi dalam menyambut setiap perayaan kaum yang ada di Malaysia ini.

Sikap toleransi atau bertolak ansur mampu mewujudkan perpaduan dalam rakyat Malaysia. Jika kita lihat pada masa kini, isu racist atau perkauman kerap ditimbulkan di laman media sosial, institusi pengajian tinggi dan sebagainya. Kita janganlah melihat perayaan kaum lain sebagai satu perkara yang pelik, kerana meraka merayakan perayaan tersebut mengikut agama yang mereka anuti. Kita sebagai umat islam yang merupakan agama rasmi negara seharusnya berfikiran luas dan berpandangan jauh, jangan mudah melabel sesuatu kaum dengan perkara-perkara yang negatif. Kaum lain selain melayu juga turut memandang perayaan kita adalah suatu yang pelik. Maka kita sebagai mahasiswa perlu memandang serius isu ini, dimana kita perlu menyemai sikap toleransi dalam diri kita serta masyarakat sekeliling bagi mengelakkan berlaku salah faham dan isu perkauman. Kita perlu tahu kenapa dan apa yang berlaku dalam perayaan mereka supaya tidak berlaku salah anggap. Dalam islam juga dituntut untuk tidak memandang rendah golongan yang lain.

Graduan haruslah bersifat terbuka untuk menyemaikan perpaduan kaum

Sikap berfikiran terbuka ini amat penting kepada seorang graduan kerana ia dapat sedikit sebanyak menolong seorang graduan itu tidak hanya berfikir kepada satu kaum sahaja malah haruslah memikirkan semua kaum untuk mewujudkan  perpaduan dalam sesebuah masyarakat. Graduan mestilah menyediakan diri dengan semaksimum yang mungkin untuk membentuk keperibadian dan tingkah laku yang berwawasan untuk merancang segenap aktiviti umtuk merealisasikan misi yang telah dibuat iaitu mengeratkan lagi perpaduam kaum itu sendiri dalam masyarakat. Hal ini kerana agar graduan yang lahir akan menjadi cermin ke arah masyarakat yang terbilang. Selain itu, graduan haruslah bersifat terbuka jika menjadi seorang pemimpin dalam sesebuah masyarakat dan juga dapat menjadi pemimbing kepada masyarakat. Akhir sekali, graduan yang bijak ialah graduan yang bersifat terbuka. Jangan lah kita sebagai graduan digelar “katak di bawah tempurung” dek kerana sikap kita yang kurang profesional dan jadilah graduan yang berjasa kepada agama, kaum, dan masyarakat.


TIGA CABARAN UNTUK MENCAPAI PERPADUAN DAN INTEGRASI

Berbeza Dalam Sistem Pendidikan

Pada zaman penjajahan, Tanah Melayu langsung tidak mempunyai dasar pendidikan yang jelas.  Sewaktu zaman pemerintahan British, mereka telah melaksanakan sistem pendidikan yang berteraskan pendidikan Inggeris, di mana sekolah-sekolah aliran Inggeris ini mengajar mata pelajaran dalam bahasa Inggeris.

Pada zaman penjajahan ini, dasar pendidikan tidak menghasilkan keberkesanan yang positif, terutama untuk perpaduan dan pelaksanaannya mempunyai banyak kelemahan keranan British pada masa itu hanya mementingkan kepentingan ekonomi dan kedudukan sendiri sahaja. Pihak Inggeris juga telah mewujudkan sekolah vernakular Melayu, vernakular Cina dan vernakular Tamil yang sudah pasti ianya telah menyebabkan masyarakat Melayu, Cina dan India dipisahkan mengikut sistem persekolahan dan hubungan antara mereka menjadi semakin renggang. Sekolah-sekolah vernakular ini mempunyai kepentingan tersendiri bagi setiap kaum atau etnik tersebut. Masalah untuk membentuk perpaduan menjadi bertambah rumit apabila pihak British tidak memainkan peranan dengan adil, terutama dari segi layanan yang setaraf kepada semua bangsa atau kaum.

Selepas Merdeka 1957, Malaysia merupakan sebuah negara baru dan memulakan zaman untuk mengukuhkan semula pendidikan negara supaya selari dengan matlamat perpaduan nasional. Akta Pelajaran 1961 merupakan bukti usaha murni yang dilakukan oleh kerajaan Malaysia bagi mengembalikan semula kepercayaan rakyat supaya mereka memahami dasar pendidikan yang dilaksanakan kerajaan adalah demi kepentingan masyarakat Malaysia yang majmuk. Menurut Abu Bakar Nordin (1994), “Laporan Razak 1956 boleh dijadikan sebagai batu loncatan ke atas dasar dan sistem pendidikan kebangsaan yang mempunyai perubahan positif, terutama membentuk dan memupuk perpaduan negara”. Perpaduan antara masyarakat majmuk merupakan asas utama yang diberikan oleh kerajaan Malaysia ketika menggubal dasar pendidikan selepas negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957.

Peristiwa berdarah 13 Mei 1969 telah mengubah landskap politik, ekonomi dan sosial masyarkat Malaysia di mana selepas peristiwa itu berlaku, pihak kerajaan telah mewujudkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang bermatlamat mencapai perpaduan negara dan integrasi nasional. Peristiwa berdarah ini turut memberi impak yang besar kepada dasar pendidikan.

Bermula tahun 2010, sistem pendidikan di Malaysia telah bergerak seiring dengan keperluan semasa keranan masyarakat juga turut berubah disebabkan oleh arus permodenan dan globalisasi. Sehingga kini, Malaysia masih meneruskan kesinambungan sistem persekolah lama dengan mengekalkan sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan Cina dan sekolah jenis kebangsaan Tamil. Isu-isu ini telah kerap kali dibincang dan diperdebatkan namun akhirnya tiada jalan penyelesaian yang dilakukan bagi mengubah kepada sistem persekolahan yang baru. Isu-isu ini sebenarnya merupkan isu yang sensitif bagi masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa, kerana bukan sesuatu yang mudah untuk mendapatkan persetujuan daripada masyarkat yang mempunyai pandangan, pendapat dan kepentingan yang berbeza.

Kewujudan sekolah yang pelbagai aliran ini telah menjejaskan perpaduan kaum di Malaysia. Kini ianya sudah tidak relevan untuk digunapakai kerana sekiranya ia masih diteruskan, maka hubungan antara masyarakat Malaysia akan menjadi semakin pudar dan renggang. Ini kerana sekolah merupakan tempat mula-mula masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa bertemu untuk saling kenal mengenali.

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak pernah mengatakan bahawa beliau bersedia menimbangkan untuk mewujudkan hanya satu sistem sekolah sahaja yang diguna pakai sekiranya rakyat Malaysia bersetuju untuk mengikut sistem tersebut. Memang kita tidak dapat nafikan, di dalam usaha melaksanakan satu-satu dasar baru, kerajaan perlu mengambil kira kehendak rakyat kerana ingin menggelakkan timbulnya perbalahan dan kesan buruknya akan balik kepada rakyat dan juga negara. Sehingga kini, masyarakat Malaysia masih belum bersetuju dan mencapai kata sepakat di dalam menggunakan satu sistem sekolah sahaja. Masyarakat Cina dan India dilihat masih mahu menggunakan sistem sekolah pelbagai aliran yang dianggap dapat menjaga bahasa ibunda mereka dan menjamin hak-hak mereka.

Namun pada pendapat saya, idea menubuhkan satu aliran sistem persekolahan perlu dilaksanakan kerana melaluinya semangat perpaduan di kalangan rakyat akan dapat dipupuk. Pelaksanaan sistem ini tidak akan menyebabkan kehilangan identity kaum-kaum tertentu, malah ia akan terus menyemai semangat perpaduan yang kukuh di kalangan masyarkat Malaysia. Masyarakat Cina, India dan semua kaum masih boleh mengekalkan penggunaan bahasa ibunda mereka, walaupun mereka belajar di sekolah yang sama aliran.



Fokus Yang Berlainan Dalam Sektor Ekonomi

Sejak zaman penjajahan lagi, masalah integrasi telah wujud terutamanya semasa penjajahan British. Mereka menjalankan dasar “divide and rule” iatu dasar pecah dan perintah agar dapat memerintah dan mengeksploitasi ekonomi negara. Dasar ini jugalah yang memisahkan kaum-kaum utama negara ini mengikut bidang ekonomi yang dijalankan. Masyarakat melayu mengendalikan pertanian dan ditempatkan di kawasan luar Bandar iaitu di kampong-kampung. Masyarakat Cina ditempatkan dilombong-lombong bijih timah dan bandar-bandar kerana aktiviti perlombongan dan perdagangan yang dijalankan mereka. Manakala masyarakat India pula ditempatkan di lading-ladang getah. Perubahan fungsi ini telah menyebabkan ketiga-tiga kaum ini terpisah dan hubungan semakin terhada dan menjadi bertambah renggang.

Cabaran dari segi ekonomi yang paling nyata ialah perbezaan dari segi pekerjaan di mana perbezaan ini diwujudkan oleh pihak British melalui pecah dan perintah sepertimana dinyatakan sebelum ini. Masalah ini telah mewujudkan perasaan curiga dan telah mewujudkan jurang ekonomi antara kaum-kaum terbabit.

Akaibat daripada dasar yang dicipta oleh British itu, kesannya masih lagi dapat dilihat sampailah sekarang di mana sektor perniagaan masih lagi didominasi oleh orang Cina dan kebanyakkan orang India masih lagi tinggal di lading-ladang. Perbezaan pekerjaan ini telah membataskan interaksi sosial antara mereka kerana masa banyak diluangkan ditempat kerja dan sekiranya rakan sekerja terdiri daripada kaum atau etnik yang sama maka interaksi dan komunikasi hanya berlaku dan berada dalam lingkungan kaum yang sama sahaja. Kesannya adalah di mana perasaan prasangka dan perkauman akan menjadi semakin kuat dan menebal di antara sesama kaum terbabit.

Dominasi kaum dalam satu-satu bidang juga adalah cabaran ke dua daripada aspek ekonomi. Ini adalah kerana kaum-kaum lain tidak dapat menyelit atau masuk ke dalam bidang tertentu yang didominasi oleh kaum-kaum tertenuu dan ini adalah kerana kaum yang mendominasi itu mahu terus mengekalkan hak dan kuasa dominasi mereka. Diantara contoh yang boleh dibawa di sini ialah dominasi di dalam bidang perniagaan yang telah didominasi oleh kaum Cina sejak dahulu lagi dan sehingga sekarang, masyarakat Cina masih lagi mendominasi bidang ini walaupun kerajaan sentiasa menggalakkan mereka untuk menceburkan diri ke dalam bidang lain juga seperti bekerja dengan pasukan beruniform (polis, askar) dan juga perguruan. Kerajaan juga telah membuka peluang kepada mereka dalam sektor perkhidmatan awam namun gagal dan kurang mendapat sambutan. Dr Ridhuan Tee (2009) pernah menyatakan bahawa “ Mereka (kaum Cina) yang terlalu bangga dengan tamadun mereka serta lebih suka berdikari dengan menceburkan diri dalam bidang perniagaan yang menjadi darah daging mereka”.

Di dalam mengatasi masalah dan cabaran ini, banyak dasar-dasar yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan seperti DEB dan juga RMK, namun pihak kerajaan hanya mampu merapatkan dan mengurangkan jurang ini dan bukan menghapuskannya.



Berbeza Ideologi Politik dan Pengaruh

Majoriti parti politik di Malaysia ditubuhkan berasaskan kaum masing-masing. Contohnya, seperti UMNO dan PAS untuk orang Melayu, MCA,PAP dan DAP untuk orang Cina, dan MIC untuk orang India. Faktor penubuhan parti-parti ini telah menguatkan sikap dan semangat perkauman yang tinggi . Sikap ingin memperjuangkan kaum masing-masing tanpa semangat kekitaan pasti akan melambatkan proses perpaduan yang selama ini diusahakan oleh pihak kerajaan yang sudah pastinya diimpikan oleh seluruh rakyat Malaysia.

Memang tidak dinafikan terdapat sebahagian parti berlainan bangsa yang bergabung tetapi perjuangan mereka sedikit sebanyak tetap berbaur perkauman. Kewujudan parti-parti politik yang berasaskan kaum ini juga menjadikan pengaruh perkauman turut merebak kepada institusi keluarga dan juga pendidikan. Menurut Funston (2001), “setiap etnik akan memperjuangkan kepentingan kaum masing-masing terutama hal-hal yang berkaitan dengan bahasa, pendidikan dan kebudayaan, sedangkan dalam membina integrasi nasional dan perpaduan yang utuh semua rakyat tanpa mengira kaum mahupun agama mestilah sama-sama berganding bahu dan tenaga mencapai satu perjuangan dan matlamat yang sama demi negara yang menjadi tempat tumpah darah mereka dan semua rakyatnya.

Kita dapat melihat semangat perkauman ini di dalam isu bahasa di mana tahun 1966, kira-kira 1200 pertubuhan keturunan Cina menjalankan kempen mengutip tandatangan menuntut supaya bahasa Cina dijadikan salah satu dari bahasa rasmi negara. Isu yang berkaitan dengan perancangan untuk mewujudkan Sekolah Wawasan. Masyarakat Cina yang diwakili oleh parti politik Cina telah menentang penubuhan sekolah ini dengan mengatakan bahawa identiti rakyat Cina akan hilang sedangkan pewujudan sekolah tersebut akan mewujudkan perpaduan antara masyarakat.

Dari dahulu sehingga sekarang masih ada lagi pertelingkahan yang melibatkan bahasa dan juga pendidikan yang sudah pastinya akan menambahkan retak-retak perpecahan rakyat yang sudah pasti akan membantut atau menghalang usaha integrasi nasional yang cuba dilaksanakan oleh pihak kerajaan yang memerintah.

Comments

Popular Posts

JENIS - JENIS PERAYAAN DI MALAYSIA

KESIMPULAN

RUJUKAN